Friday, December 11, 2009

Akal atau Takdir penantu segalanya.

Kita pernah mendengar orang berkata , Kita hidup hanya merancang tapi tuhan yang menantukan segalanya.
Ada juga yang berkata segala yang terjadi telah tertulis untok kita.
Ajal maut , rezeki semua telah ditentukan Allah.
Tapi kita punya azam, punya citarasa, punya keinginan, di mana semua ini juga akan kita perolehi sekiranya kita berusaha dan berdoa memohon pada maha Esa.
Tapi ada juga insan insan dikalangan kita yang hanya berserah pada takdir penantu segalanya.
mereka jadi tidak berazam, tidak berusaha, lebih rela menunggu rezeki datang tergolek dikaki, rezeki yang telah ditentukan kepadanya.
Saya pernah tengok orang yang berpendirian begini lebih rela dudok dirumah tanpa usaha untok membaiki pendapatan keluarga, mereka lebih rela melihat Isteri bertungkus lumus usaha mencari pendapatan lebih tapi dia hanya berdiam diri seolah tiada apa yang perlu dilakukan . Bila anak nak melanjutkan pelajaran perlu persiapan wang tapi mereka buat tak faham tak punya perasaan langsung untok membantu anak yang nak melanjutkan pelajaran. Orang yang macam ini juga tak perduli isteri keluar berkerja seharian suntuk asal saja dapat membantu meringankan beban keluarga. Orang macam ini suka ambil kesempatan terhadap isterinya, dan mereka juga sanggup dudok dirumah asal saja tak payah bersusah payah untok hidup. Isunya sekarang siapa yang patut disalahkan, Suami yang tak bertanggungjawab tak pernah rasa bersalah, Isteri yang semacam malas nak berbicara isu ini kerana bertahun berlalu masih tiada perubahan . Anak anak menjadi mangsa keadaan. Apa sebenarnya yang sepatutnya dilakukan disini.